saya suka shopping baju,baju dan baju saja :D

Saturday, March 3, 2012

walimatul urus

Assalamualaikum wbt
when we talk about married,hati rasa sangat berbunga bunga
hihi :)


for me,perkahwinan ialah satu ikatan suci - sangat suci & mulia
oke,aku tak pandai sangat la kan nak buat ayat bunga bunga macam dalam novel tu..haha!
but sincerely,bila kita decide nak mengakhiri zaman bujang,
kita merelakan sebuah perkongsian hidup dua hati buat selama lamanya sampai ke akhir hayat (oh how sweet you eyca =p )
and not just that,bila melayari alam rumahtangga macam-macam benda boleh jadi.
bayangkan time kapel pon dah bergaduh sana sini..punca?hal remeh temeh sajaaa..tak reply mesej,tak angkat call,tak ingat tarikh birthday (terasa) 
ni kan pulak bila kita dah ada suami/isteri..yala kahwin ni bukan macam kapel..gaduh sikit break..tak suka sikit cari yg lain..ni kahwin weyh KAHWIN!bukan tukar-tukar baju..this is a serious matter.bukan main-main punya hal.
kalau tadak kepercayaan kepada pasangan,tadak kesabaran bila ditimpa masalah..memang punohla.
sebab tu terjadinya cerai berai (mintak dijauhkan)

sebab tu bila nak kahwin kena ada persediaan tak kira la spiritual or fizikal or dari segi kewangan..
tak lupa jugak,kematangan sangat-sangat diperlukan..yala kan,nanti tadakla sesal di kemudian hari.
i think,sebab terlalu memikirkan pasal persediaan ni la mak aku tak bagi kahwin awal sangat..haha!
mak cakap apa-apa pon tunggu habis belajaq dulu,kerja dulu ka apa ka then baru kahwin..ada la time tu umo aku dah 25..hohoho 
mak aku pon pernah pesan " orang yg tak kahwin lagi ni pikir kahwin ni seronok ja..tapi org yg dah kahwin ni la yg rasa benda yg sebenaqnya " lebih kurang macam tu la..
bila pikir pikir balik kan..betoi jugak la cakap mak..aku ni tak matang lagi kot..masih tak dapat kawal jeles aku dengan baik,masak pon terkontang kanting lagi,baju pon kadang-kadang tak terlipat..camna tu nak jadi bini orang?!haha

tapi apa-apa pon kan..aku tetap menyokong kahwin awal/kahwin remaja/kahwin muda..sokong 100%!


aku tanak panjang-panjang kan sangat entry ni sebab aku rasa aku masih mentah nak tulis bab-bab menikah ni..hikhik..aku buat entry ni pon just nak share opinion sebab kahwin muda ni dah jadi macam 1 trend zaman sekarang..setuju kan? alhamdulillah :)
tapi just sebagai pendapat,aku rasa tadak masalah pon kahwin muda or kahwin time belajaq ni..
sesetengah orang rasa bila dah kahwin,dia rasa dia ada tanggungjawab so dia study hard untuk future bersama.some people pulak berkahwin di usia muda sebab nak elak dapat dosa maksiat bila bercinta..well,benda ni memang korang semua dah sedia maklum rite?Islam pon menggalakkan perkahwinan awal atas reason yg sama :

Antara nas Hadis Baginda yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

satu lagi,some people (my mum also) paling takod soal kewangan bila anak cakap nak kahwin.agak-agak kenapa ya? some common saying :
 " dah kahwin nanti,tapi tak keja lagi,dok study lagi, camna nak bagi anak bini makan? "
" duit hantaran zaman sekarang semua puluh-puluh ribu..mana hang nak cari duit? "

hahaha..aku tataw nak cakap apa bila mai tang soal ni =p takod tersalah bagi pendapat lak naya aku..memandangkan duit sekarang sangat penting..aku sendiri pon pernah cakap no money no life..hahaha
tapi mak aku pernah cakap (mak aku lagi) " nafkah ni tanggungjawab suami,apa-apa pon suami yg kena sediakan semua untuk isteri (macam duit makan,rumah dll ) " so?korang get the point tak?but actually no worries lah,for me kalau benda baik yg kita buat,Allah akan bagi ganjaran yg setimpal :

Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

see? :) bukankah ini janji Allah?


hew hew..wahhh bila buat entry ni excited pulak nak kahwin..haha!
but i guess perjalanan masih panjang kot..still a lot of things to do..tapi tapi kalau jodoh sampai awal dari membe-membe yg lain aku tak kesah oke..bersyukur ja =D haha berdoa ja supaya dapat jodoh yg baik..kalau tadak jodoh di dunia pong di SANA Allah dah sediakan :)

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
*di sini jugak aku nak ucapkan tahniah kepada membe-membe aku yg dah selamat jadi isteri/suami orang..(memang dah ramai sangat oii) selamat menempuh alam rumahtangga,dapat anak yg comel-comel belako,and bahagia till Jannah =D amin..thanks for reading <3

lots of love




Thursday, March 1, 2012

2 in 1 : minah spoiler dan Secret Recipe

Assalamualaikum..

Oke first of all..aku nak give a special tengs kepada readers belog aku (ehem..macam femes sangat). Even MEMANG SANGAT TAK ramai pon,tapi aku taw belog ni ada jugak yg baca based on feedback yg aku dapat from entry yg lepas lepas tak kira lah from my own frens yg aku kenal dalam real life and some anon (cuz I put my link in fesbuk)..tak kurang jugak permintaan dari para peminat supaya aku merajin rajinkan diri untuk update entry (hahahaha..bajet-ing sat) well aku memang terkenal dengan sifat pemalas yg max level,so sorry for that..and almost all peeps yg baca belog ini cakap “nice blog weyh!” heeee well THANK YOU sangat sangat! ^^

Entry kali ni..i got quite a lot of story to tell..mencurah curah idea ni macam ayaq teghejun dalam otak sejak semalam lagi taw..tapi akibat ke-busy-an ,aku decide later ja and today I got plenty of time before kelas Calculus pukul 5 nanti,so heres the first story..aku sebenaqnya kan..kan..tengah sakit hati gila ni!BARA you know BARA!mood aku suppose to be very good today tambah tambah lagi group presentation aku for Technical English tadi berjaya dengan suksesnya..tapi adaaa laaa sorang minah ni yg sangat bajet bagus & menyakitkan hati,and she ruined everything!aku tanak la kan story in detail apa yg dia buat,kang tak pepasal rosak belog aku sebab mengutuk orang..cukupla aku cakap yg dia troll aku sangat teruk tadi >,< bukan secara personel and profesional tapi depan membe aku yg lain kot (niat dia macam nak memalukan aku ja siap guna loghat aku lagi!annoying much! ) maybe betol aku salah,tapi tak payah la kannn  keluarkan ayat-ayat troll kau tu yg menyakitkan hati kannn (eh tercakap Key EL pulok)..bukankah menegur secara berhemah lebih baik dalam menjaga silaturahim kita sesama Islam?sudah hilang rasa hormat aku kepada kamu you know..tak pepasal aku kena pretend mesra ja dengan kau bila jumpak lagi nanti (hate being a drama queen!) ahh cakap segala bagai kat sini pon tak guna,bukan dia baca pong..tapi kalau dia terbaca la entry ni aku just nak balas balik “ PROBLEM??? *trollface” hahahaha………………

Oke oke enough for that..dont let hatred control yourself..another story yg aku nak taip ni berlawanan dengan cerita tadi : yg ni cerita happy happy jee! :D

Still remember  my previous entry pasal my atm card rosak?Fortunately..semuanya dah setel dengan baik..alhamdulillah.. ^^ very very special thanks to my classmate,Lam , yg sudi korbankan masa tidur,drive,bawak aku yg tadak lesen ni pi Bank Islam kat Kuantan petang semalam (seriously,jarang jumpak lelaki yg baik macam dia ni..you girls patot berkenalan dengan dia!hes quite handsome too..keh keh keh) oke lawak ja Lam =p  AND tak lupa jugak credit to Mai (roommate aku yg cukup comel dan supporting dan crazy crazy..dia ni single lagi taw guys ;) ) yg nak jugak teman aku pi sana..yalah kan takkan aku dengan Lam ja keluaq berdua,tak manis dan boleh menimbulkan syak wasangka al fitnah..lagipon kalau bab bab keluaq ni dia maw jaa..cakap ja nak bawak pi mekdi ka kepsi ka teghoih dia nak aihh..haha TRIMAS WEYH!korang the best lah :)

And and ..you all taw tak actually my card tak rosak pong!haiyaaa..before pi kat kaunter aku try try la cucuk kat mesin atm kat situ kot kot la tetiba boleh..and memang boleh pong!terkejut and rasa dipermainkan oleh sekeping kad..punya la menderita seminggu dua ni hanya sebab memikirkan kad tu..punya la aku dah menyusahkan banyak orang sebab kad tu!damn >,<  Lam gelak ja tengok muka blurr aku,Mai pulak banyak kali suruh aku sabaq “ takpe chaa..benda ni memang gila skit” k fine..lepas tu,aku teros ja bank in payment Herbalife..insyaallah nextweek aku akan dapat la produk kesihatan tu..(kalau aku berjaya tampil segak comey lotey dengan Herbalife ni insya-Allah aku akan share more dengan korang in the next chapter) gelagat aku dengan Mai yg macam peghak jumpak mesin atm diperhatikan ramai..siap ada sorang makcik tu tegoq..haha..tapi aku bersyukur sangat ^^ hope prob macam ni tak berlaku lagi.

Dipendekkan cerita,disebabkan masih awal untuk balik,kami pi Berjaya Megamall..solat Zuhur and hang around for a while macam tadak arah tujuan (sorry lah tadak gambaq,tak bawak Lumix aku..hik hik) Lam is searching for a new digital camera,Mai wants to buy a Kompilasi Lawak Kampus,and me..i dunno what to buy cuz im there just to fix that troublesome atm card  =.=’  aku dan Mai just merayau rayau dalam Popular Bookstore without buying any item..kami tak jumpak dat lawak kampus..kesian Mai.. (pesanan from her,sapa sapa ada sila bagi pinjam sat!) but Lam berjaya berbangga dengan camera barunya..untunglaa..hikhok.after that kami tapau mekdi dan bergerak ke car park untuk chaw..but before going home aku dengan Mai singgah Secret Recipe sat nak usha usha kek nak bawok balik..Lam tak ikot (boys memang tak suka kek ke?) DI SINILAH sebenaqnya duit aku habes banyak sebab beli 2 slices kek.biasalahh makan banyak,nak lepas geram sebelum nak telan Herbalife.i took some delicious pics of them!have a look! (gambaq diambek dalam bilik sebelum mamam,fresh in box!) :

chocolate indulgence for RM6.50
besaq gedabak..kenyang in 1 slice only

brownies walnut for RM5
nampak sedap,ingat sedap,memang sedap but not my taste i guess >,<

ni pulak kek yg Mai beli

white chocolate macademia for eh berapa ntah lupa nak tanya
my first impression : sedap!

chocolate mud for ni pon tataw berapa
rasa lebih kurang macam choco indulgence jugak..just tak besaq and dont have many layers


and yang ni..jangan cari kat Secret Recipe..memang takan jumpak la kan..hahaha!
just wanna share,ni la cendol cafe kolej kediaman aku
memang sedap!dah addict dengan cendol ni =.=

sorry gambaq tak cool,angle tak cun,sebab bukan pro photog =p
I have to admit la,kek Mai lagi sedap dari kek aku except for my choco indulgence...brownies is cool but I think I kureng menggemari walnut..macam menyesal lak beli..heh heh

Lastly!guess what..after beli kek,pi balik kat kereta,Lam menyambut kami dengan sekeping resit kompaun..mak aihh..a great day and end with..a SAMAN??! Reason,gagal mempamerkan kupon letak kereta yg sah..goshh aku tataw pon ada kupon..kena bayaq dalam rm50 (tadakla..rm5 je) =.=’ I said to them yg aku akan masokkan cerita saman ni dalam my belog (kinda interesting sebab first time kot aku kena saman) they just laugh and think its a funny idea..hihi :)

I feel just great yesterday..and my good mood continues today (except part dengan minah yg aku mention tadi..spoiler habess) terlalu banyak peristiwa yg jadik lately and this  remind me of something : life is like a wheel..sometimes we goes up,sometime we goes down..try to appreciate every moment no matter what.

And aku sedar aku tak boleh nak hope everyday is a good day..kadang kadang rasa forever alone and kadang kadang forever not alone tapi aku take that just my stupid conclusion about life..just imaging life without obstacle..kinda bored rite? Face the challenges,share with others,and u’ll be strong ;) I think dats all..wanna have a shortnap before millions of brain cells gonna die!tengs for reading <3

lots of love
sekian


Sunday, February 26, 2012

super duper badluck :( NO MONEY NO LIFE


assalamualaikum
memang dah lama gila aku tak update blog..too much work..too much addicted update fesbuk sampai dont have any idea nak tulis apa kat belog..haha sorry dear :')
well dipendekkan cerita,aku ada cerita hot ni..LOL..actually just wanna share i have problem now..too many problem datang bertimpa timpa..tambah tambah jauh dengan mak ayah lagi lagi la rasa macam " oh no,hampir give up :( " tambah tambah lagi aku tade kawan baik nak share..ibarat kata Lisa Surihani yg kini dah sah bergelar isteri kepada Yusry KRU ( congrates bytheway..oh pehliss like i care =.= ) dalam cerita Ombak Rindu "i tade kawan nak cerita semua ni..sobs :( " kesian you Lisa..nampaknya nasib you same dengan i..foreveralone kata 9GAG 
OKE FINE APA YG AKU DAH MEREPEK NI!

back to the story..my main problem is aku tengah hampir hampir nak sengkek sekarang!gosh..macam tak percaya ja aku ada masalah kewangan..sedangkan aku sangat la berjimat cermat (konon) haha..no laa its not what you think oke,aku ada ja duit tapi dalam bank and tak boleh dikeluarkan!kad aku rosak..time time macam ni jugak la dia nak rosak..tadak angin tadak ribut tiba2 " kad anda tidak boleh digunakan,sila ganti kad anda di cawangan bank berdekatan " arghh macam nak terajang ja mesin atam tu..mak aku dah bising suruh tukaq kad,tapi aku blurr gila sebab tak tawu bila aku boleh pi tukaq kad nun jauh di Kuantan nuhhh..jadual kelas aku dah la pack,semua hari ada kelas..hujung minggu pulak bank tutup!
maka timbullah niat jahat untuk ponteng kelas,tapi masalahnya kena cari driver pulak..well sapa la yg sanggup ponteng kelas dengan aku semata mata nak bawak aku pi Kuantan..depa semua baik baik belaka bukan macam aku yg cool..keh keh keh oke fine =.= pengajarannya di sini,sila ambik lesen sebelum masuk U!jangan menyesal tak sudah seperti saya!

baru aku dapat rasa betapa runsingnya bila tadak duit..NO MONEY NO LIFE..wakaka jangan percaya sangat tagline tu..tapi its kinda true what..sekarang produk Herbalife yg aku and 5 orang lagi customer order tertangguh sebab aku sorang ja yg tak buat payment lagi..k fine,kan dah menyusahkan orang lain tu..then,tengah memikirin gi mana dong hendak bayar lagi 30 hengget duit buku Biochemistry aku..then apa lagi ya?oh semestinya duit untuk makan!guess what aku terpaksa menolak ajakan membe membe untuk keluaq makan..ahh sangat kerugian..bukan senang budak tak femes tak sosial macam aku ni nak dapat ajakan keluaq makan..(over) then takkan setiap hari aku nak telan megi yg sehingget 1 bungkus tu?mau botak kepala aku..nak ambik nasik pon kena makan dengan lauk murah murah jeee..ahh tekanan!silap silap haribulan "abang..bagi saya nasik letak garam dengan ikan masin" (oke over sudahh)

okela,bebel banyak banyak nanti bosan pulak kan..silap silap kena troll pulak dengan mamat mamat or minah minah manipulator and spoiler..bertambah badluck aku..right now masih memikirin gi mana mau setel ini prob..ada org nak bawakkan aku gi Kuantan?ada orang nak pinjamkan aku duit?ada tak?kalau ada insyaallah budi anda terbalas..nanti aku belanja Tutti Frutti..hee (-.-)

p/s: aku punya la tadak mood sampai 2 hari latihan suksis aku ponteng sekali gus!lantak hang la!tak dapat elaun pon mampoih pi la!memang aku down gila gila..then,ada jugak la manusia yg bersimpati bagi cadangan suruh gosok gosok cip kad tu dengan pemadam..insyaallah boleh..kot..tadak gerenti =.= tapi aku tak try lagi la..hope la berkesan petua tu..but if not??
aku mintak maaf jugak kepada mereka yg aku dah lempiaskan marah dan moody ni 
mintak maaf kepada mereka yg aku layan dingin ja kat chat fesbuk dan jugak mesej..sorry hee

lots of love
sekian


Thursday, December 15, 2011

Lipbalm

khamis 15 disember 4.30 petang
assalamualaikum wbt

time semua orang dalam kelas dok sibuk komplen pasal markah test statistik diaorang
aku dok sibuk belek beg..

"mana lipbalm Maybelline New York Color Bloom aku ni?"

baru aku perasan lipbalm aku hilang,tadak dalam poket beg tempat aku selalu simpan

TAHI..

dahla markah test aku 100/30..lipbalm pulak hilang..perasaan yg sangat TAHI ketika itu
lipbalm aku sangat penting bagi bibir aku ni
kalau tak pakai lipbalm,bibir aku suka kering..pucat..dan tak seksi
so susahla nak memikat jejaka jejaka yg desperate obses nak awek cun ja
 :'(

balik dari kelas aku melangkah dengan penuh tak semangat
rasa macam nak update ja status kat fesbuk..

"lipbalm aku hilang"

tapi aku taw
nanti orang meluat pulak,minah ni benda camtu pon nak post
biasala..
sekarang ni,nak post apa pon kat fesbuk kena jaga jaga
jangan hentam post ja,nanti orang komplen macam macam
ada ja yg tak kena kat mata diaorang
sedangkan fesbuk tu nak sign up tak pakai duit pusaka tok nenek diaorang pon
fesbuk dah jadi medium 'kondem kondem' (bukan kondom)
korang tak taw?
buta tuli betul korang..

tanpa disedari kaki telah melangkah ke dalam bilik
operasi mencari lipbalm diteruskan
hati gundah gulana macam kena dump dengan boyafren
last operation (sebab dah give up) kembali semula kepada beg tadi
aku raba raba..peluk peluk..dan berbagai aksi lagi aku buat
aku terasa benjolan..panjang dan keras..

TAHI..

rupanya ada ja my lipbalm Maybelline New York Color Bloom dalam beg tu
just sebab poket tu koyak kat dalam,so lipbalm tu terpesong kat tempat lain
ahh nak suruh korang imagine susah
nak imagine, benda bukan bukan ja
macam aku tataw korang senyum senyum ja baca ayat 'panjang keras tu'..
mana ada?
ahh shadap lahhh pretender
yg penting
my lipbalm Maybelline New York Color Bloom dah dijumpai :)
sekian..


*perlukan beg baru tapi bajet tadak
sedangkan bajet topup untuk calling calling skandal ada ja
damn






Monday, December 12, 2011

Lelaki & their double meaning




Lelaki : awak,saya rasa kita patut kawan dulu..terlalu awal untuk meng'upgrade' hubungan ni..
lagipun..kawan kan lebih kekal? :)
The double meaning : Aku tak mau pon pompuan ni..tak berkenan pon nak ambik jadi awek..aku saja nak bagi dia perasan yg aku suka dia sebab memang hobi aku pon bagi org perasan ni..so bila dia dah tertangkap cintan kesian pulak nak reject terang terang..so kias kias sikit la kan tadakla dia malu sangat..hehe (ingat dah cukup baik la huh?)

damn

Thursday, November 17, 2011

facebook sucks!am i right?

Assalamualaikum wbt...

benci gila dengan capital F kaler putih background biru tu
fesbuk sangat sangat bosan sekarang
seriously!
can u tell me why?
rasa macam nak deactivate ja
tapi semua announcement pasai kelas
pasai suksis
semua depa pos dalam fb
so terpaksa la bertahan tengok macam macam benda mengarot dalam tu
tak ketinggalan jugak terpaksa tutup mata tahan rasa meluat tengok SESETENGAH budak budak kalut nak up!ow pehlisss...annoyinggg!  >,<
and and
sangat sakit hati dengan membe membe lama yang sombong gila!
mentang mentang dah hot =,=
sabaq ja la kan
nak pi active balik kat friendster dengan myspace boleh dak?
HAHA


*teringin nak active bertweet tweet tapi lupa pulak password twitter =,='
damn


Saturday, October 8, 2011

| copyright reserved |

rasa macam dah tiba masa untuk aku active balik memblog
sebab..
first,sebab aku bosan
second,banyak benda nak luahkan tapi tadak tempat nak luahkan..sobs T_T
third,rupa2nya ramai jugak yg suka baca blog aku..HAHA (perasan)

oke..hari ni aku bangun sangat lambat..pukul 12.15 tak silap
memang terkejut biawak tengok jam..tu pon terjaga sebab Duan call..mekaseh banyak2 la duan >,< (malu terkantoi bangun lambat)
lepas tu boleh pulak dia perli, "tape pegi sambung tido balik..awal lagi ni" ahaha..siot la kau!

teringat yg today ada date dengan Yana..janji nak p KK4 beli tiket bas
lepas cucuk duit kat atm,jalan pi sana,dah la jauh..panas nak mampus lak tu..kasut wedges kesayangan aku siap dapat hadiah lumpur tanah merah tepi jalan..adehh >,<
sampai2 tengok TUTUP...w..t..f..haha =,='
lapaq la pulak..jalan2 kat situ cari kedai makan
tapi macam hampeh ja..nak makan nasi dagang takot sakit perut..so patah balik..pi makan kat kafe KK sendiri lagi baguih
makan2,sembang2,sempat jugak layan hindustan sat pastu balik
otw nak balik tu la mood nak memblog membuak2
tapi sorryla kalau entry ni agak membuhsankan..HAHAHA 

btw,cakap pasal Yana
dia la membe baru aku yg paling rapat la kat ump ni
best kawan dengan dia
biasala kan,sama2 org kedah..sama course..sama fakulti..sama kelas..henset pon sama taw!haha
boleh masok kepala..layann

| sory aku curi gambaq hang XD |

Nur Liyana Amira <3


us <3

well,kami juga sama2 meminati Big Apple & Coney Dog A&W..hahaha
jangan tengok yg baju purple tu..huduh sial >,<

sekian ^^
                                             
                                                                            *malam ni ada program..shit arr..selalu kacau weekend night aku >:(     nasib baik la ada merit






Saturday, October 1, 2011

Well, I couldn't tell you
Why she felt that way
She felt it every day

And I couldn't help her
I just watched her make
The same mistakes again

What's wrong, what's wrong now?
Too many, too many problems
Don't know where she belongs
Where she belongs

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

Open your eyes
And look outside
Find the reasons why

You've been rejected
And now you can't find
What you've left behind

Be strong, be strong now
Too many, too many problems
Don't know where she belongs
Where she belongs

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

Her feelings she hides
Her dreams she can't find
She's losing her mind
She's falling behind

She can't find her place
She's losing her faith
She's falling from grace
She's all over the place

She wants to go home
But nobody's home
That's where she lies
Broken inside

With no place to go
No place to go
To dry her eyes
Broken inside

She's lost inside, lost inside
She's lost inside, lost inside... :(







smiling outside but broken inside T__T

Monday, September 12, 2011

a new me

hye hye
its almost a year (maybe) i didnt update anything here
=,='


tadaaa!
here..my new life and a new me started to develop
i dun have much words to say
just..
hopefully i can be what im supposed to be
do what im supposed to do
and leave all da damn crap thingy behind!
DOT 

Saturday, June 18, 2011

bye bye sob sob

oke dear blog
esok tuan kau ni nak balek
so kau akan jarang diupdate macam selalu..
pandai2 la jaga diri..dot!

btw,today sangat best!
rezeki melimpah ruah..HAHA
just imagine something yg korang nak dari dulu,tetiba tanpa plan korang dapat dalam sekelip mata
gile best kan?best giler kan? :)
dats happening to me rite now
petang tadi my bro bawak pegi pavi
and seriousshit aku ta sangka dea nak beli gift kat aku untuk bawak balek
a new nokia ^^
macam ta caya ja sekarang aku tengah pegang fon baru..LOL
even bukan fon idaman aku..yeah..nokia c6 belom turun harga :( but i appreciate it so muchie!
THANKS BRO! :)

and i had a super great lunch tadi
kiteorg makan kat the manhattan fish market
agak pening nak pilih menu..rasa macam nak makan spaghetti olio ja..tapi dah biasa sgt
so kununnya nak kelainan sikit,amek menu grilled for the day
salmon light dengan fries
anak saudara aku pon nak buad kelainan,untuk minum dea oder citrus mint


nampak macam sedap..tapi..ermm..korang rasalah sendiri =,=
samalah jugak dengan ikan salmon aku
memang nampak sedap..tapi bila mkn,damn sedap lagi fries,carrot dgn broccoli rebos yg jadi hiasan
so kesimpulan,jangan nak kelainan sangatlaa ye
menyesal jugak ta pilih menu yg ada perkataan flame
kalaw ta mesti waiter tu bakaq dat food depan mata kita
yg tu salah satu attraction kat sini ~


and and!even my salmon dissapointed
but not my drink


u should try dis men!namenye oreo kaboom!
on top tu memang oreo betol ^^
memang kaboom sangat..eheh

oke,dats enough la foe dis post

i had to sleep early even dah pukul 2.22am
bas esok awal sangat
so kena bangun awal la kan..duhhh ~
entry ni penutup untuk bulan ni..i think la
wuu so sad T.T

bye